Asrama yang tak boleh balik

( image courtesy of google)


Hi,

sekarang saya dah jadi mahasiswi sebuah IPTA di Malaysia.
saya tengah homesick sekarang. pegi kelas mata bengkak bila kawan tanya, saya cakap saya salah posisi tidur.
hari hari salah posisi tidur. hahaha. saya tak tahu la kawan saya percaya ke dia buat rolling eyes belakang saya.

bila saya nangis nangis terhesak hesak masa call mak saya, dalam keadaan bercucuran airmata, dialog was quite different semasa 5 tahun lalu (semasa saya tingkatan 3, sekolah asrama harian)

dialog 5 tahun lepas
saya : ibu kakak tak tahan dengan asrama ni. kakak nak balik. kakak nak keluar asrama!
ibu : habis nak sekolah mana? u tau sekolah sini lain, bla bla bla bla bla ~ em yelah tapi nanti jangan nak salahkan ibu kalau bla bla bla bla ~


dialog sekarang
saya : ibuuuuu. ibu okay ke? rindu ibu ~ nak balik,
ibu : kakak jangan la macam ni. sekarang dah lain tak macam dulu, dulu kat asrama boleh la keluar asrama. ni sekarang kakak kat U tau. tak boleh minta keluar asrama. kakak kene ingat sekarang kakak bla bla bla bla ~

* emm saya cuma cakap nak balik je. mak saya dah fikir lain *

ye ouh. tibe2 saya terfikir, dulu masa sekolah asrama harian boleh la minta keluar asrama pindah sekolah. sekarang? hahaha jangan harap.


hmm. nilah padahnya terlalu beronok ronok hidup kat rumah sampai lupa erti berdikari. siapa tak seronok tidur berlengankan lengan mak ? kalau sedih ada ayah dan mak untuk dipeluk?
bila hidup macam ni rasa macam berat sangat. tapi ayah selalu pesan

" Kakak kene belajar hidup berdikari, ayah dengan ibu takkan hidup selamanya untuk temankan kakak"

entah kenapa. saya anak sulung tapi gedik kalah adik bongsu. semoga saya terus tabah.

1 comment:

  1. dear adik.. to let u know.. anak sulung ni manja nya mmg kalah anak bongsu taw.. pengalaman dr diri sendiri yang merupakan anak sulung juga.. heeee.... salam blogwalking jmpt singgah blog akkye :)

    ReplyDelete