every mom will do the same




petang tadi aku pegi shopping barang dapur dengan ayah . masa tengah tunggu turn nak bayar kat kaunter , belakang aku ada sepasang ibu dan anak perempuannya (masa ni aku berseorangan , sebab ayah aku pergi tengok showroom kereta apa ntah) masa tengah berkhayal kat kaunter tu , pasangan ibu dan anak tu tengah rancak pasal BEDAK MUKA . here's their conversation (aku ingat ouhhh !)

anak : MAMA , MAMA . CIKGU KITA KAN JUAL BEDAK . CIKGU KATA CIKGU DAH TRY , MUKA DIA DULU BERJERAWAT BATU . SEKARANG DAH LICIN . LEPAS TU CIKGU KATA , BANYAK DAH ARTIS PAKAI . 

mama : YEKE ? HAH . KAMU TRY LA . NANTI MUKA KAMU JADI LAWA . NANTI MAMA PUN NAK TRY JUGAK LA . HEWHEW

anak : CIKGU KATA KAN , BEDAK TU IMPORT DARI VIETNAM . CIKGU TU KAN , DAH JADI STOKIS PRODUK TU . DIA KATA , ORANG JUAL KAT INTERNET RM30 . CIKGU KATA , KALAU KITORANG NAK BELI , DIA BAGI HARGA PROMOSI . RM20 JE MAMA . 

mama : OKAY OKAY . KAMU BELI TAU . BARU LA MUKA KAMU NI LEBIH BERSERI . KALAU BAGUS NANTI , MAMA BELIKAN LAGI OKAY . 


lepastu aku buat buat toleh belakang , aku tengok muka anak dia licin je . bila dengar conversation diorang . aku teringat , masa wajah aku dijajah oleh sang jerawat . mak aku adalah insan yang paling kelam kabut cari penawar . aku relaks je . entah la . takde perasaan langsung kat jerawat tu semua . masa tu , mak aku pantang dengar jenama produk penjagaan muka yang boleh hilangkan jerawat . beliau dah tak peduli langsung pasal "SESUAI ATAU TIDAK PRODUK TU KE ATAS MUKA PENGGUNA aka AKU"  sebut la apa jenis krim atau gel jerawat . semua aku dah pernah cuba . and . mak aku tak putus asa langsung ! selagi hayat dikandung badan , selagi tu lah beliau akan terus membelikan aku pelbagai jenis produk . 

sampai lah umur aku 17 tahun , bila jerawat jerawat sudah mulai surut , aku ingat mak aku dah berhenti belikan produk . TAPI TAKKK ! bila dah tinggal parut , mak aku sibuk pulak belikan scars produk . aku pun layankan jela . dalam masa yang sama , beliau suruh aku apply kan kat wajah beliau sekali . amboi . HAHA

aku tak tahu apa akan terjadi semasa usia aku menjengah usia 30 an . maybe beliau akan suggestkan produk yang menghilangkan kedut pula . HAHAHAHA .

thats my mom and surely same goes to others mom . HAHA . i love you mom :)



No comments:

Post a Comment