korang percaya ta pada kata hati sendiri ? ataupun nama lain , FIRASAT . aku percaya . tapi ta sepenuhnya . sebab pernah terjadi
dalam hidup aku . banyak kali . tapi dua kisah je yg paling aku ingat . Alhamdulillah , setiap kata hati @ firasat yg datang pada aku ,
semuanya demi kebaikan aku sendiri .

* KISAH PERTAMA *


aku pernah bercinta dengan seorang lelaki bernama A , aku sangat sayangkan dia . suatu hari tu , kitorang macam biasa . ta gaduh .
tade apa apa masalah pun . tibe tibe A cakap dengan aku , dia dah jumpa seorang perempuan yg sangat sesuai dengan dia.
perempuan tu alim . pakai tudung labuh . and ayat yg paling aku ta boleh lupakan . A cakap kat aku

"bila sy tengok muka dia , sy rasa tenang sangat"

masa tu , aku rasa mcm . ada batu kat kepala aku . berat sangat . rasa mcm nak amik ubat tido , makan banyak2 . tido lama lama ,
supaya aku dapat lupakan semua masalah ni . aku perempuan biasa , yg sayang sepenuh hati pada boyfriend pertamanye . aku merayu
pada dia suapaya jangan tinggalkan aku , macam macam dah aku luahkan . tapi dia tekad , dia nak juga perempuan tu .aku cuma ada dia .
sebab tu , masa dia minta putus . aku rasa sedih sangat sangat . aku rasa macam dah tade lelaki lain kat dunia ni . hari tu juga , aku nangis
sorang diri dalam bilik . aku amik bantal busuk , tekap kat mulut . aku jerit puas puas . and then , aku rasa lega sangat .
aku dapat lupakan dia secara perlahan lahan .

empat bulan selepas tu , aku dapat sms dari A . A kata , dia nak balik dengan aku . masa tu , walaupun luka kat hati ni dah sembuh ,
tapi aku masih ada hati kat A . aku mengharap sangat A kembali pada aku . A datang semula tepat pada waktunya . aku dengan A bahagia
sangat . bahagia macam dulu . sampai la satu hari tu . tergerak hati aku nak uji A . aku tatau kenapa meluap luap perasaan nak uji
A . padahal A tade buat apa apa yg boleh buat aku berprasangka buruk kat dia . so aku hantar sms kat dia

aku : " awk . tadi ada sorang pompuan ni sms sy . dia marah marah sy , sbb sy amik awk dari dia :( "

aku tunggu . lama gila . hampir 1 jam , baru dia reply

A : "sy ada benda na bagitau awk ni . tapi awak jgn marah :( "

(aku dah rasa ta sedap hati sangat , tapi aku kuatkan hati . aku reply )

aku : " okay . apa dia ?"

A : " sebenarnya , sy bukan A . saya kawan dia je . nama sy S . sy minat awk . sy nak berkenalan dengan awk , tapi takut . so sy mengaku sy ni A "

( dalam hati aku , aku rasa hancur sangat hati ni . aku ingat , betul betul la A kembali pada aku . aku termenung kejap . malamnya baru aku reply )

aku : " ouhh "

S : " kita pernah jumpa . tapi awk ta perasan sy "

aku : "ouhh "

S : " boleh ta kita jumpa esok ? "

(aku ta reply langsung lepas tu . aku dah ta berminat . sebab pada masa tu , cuma A yg bertakhta dalam hati aku . first love kan :p )


* KISAH KEDUA *

dua tahun kemudian , aku jatuh cinta pada sorang lelaki , bernama Z . cara aku berkenalan dengan Z memang special .
hahahah . kalau teringat , aku mesti tersenyum . HAHA :)

masa tu aku form 3 , time tu memang zaman nakal aku . sangat ta matang . HAHAH, aku duduk asrama . pada satu malam tu ,
aku tengah iron baju . aku ta ingat samada kawan aku atau aku sendiri yg start gejala ta senonoh ni . haha ! belakang
asrama perempuan aku , ada petrol pam dan JABATAN PERKHIDMATAN AWAM . so kitorang gemar buat bunyi tikus , bertujuan
untuk tarik perhatian mamat mamat yg isi minyak atau lalu kat jalan belakang hostel . HAHAHA !

nak dijadikan satu cerita , satu malam tu , aku berjaya tarik perhatian beberapa buah motor yg lalu . ada sorg mamat ni bagi number
phone dia , aku take note laaa apa lagi :P hahahah ! start dari haritu , aku selalu balas SMS dengan dia . org tu lah Z . makin lama
hubungan kitorang makin serius . first date kitorang kat kampung aku . Z sanggup datang dari Klang ke kampung aku semata nak
jumpa dengan aku . aku sayang sangat kat Z , sebab dia memang pandai amik hati aku . pernah satu malam tu , dia sms .
katanya kejap lagi dia nak lalu belakang hostel aku , nak jumpa aku . tapi masa tu dah lebih pukul 10 , gate dah tutup . so
aku cakap kat dia , yg kita ta boleh jumpa . so Z just lalu belakang hostel , dia berhentikan kereta and lambai tangan kat aku .
kawan kawan aku pun tengok . kawan aku kata ,

"sweet gila la cara Z lambai kau . bersungguh sungguh dia lambai "

haha . masa tu seriously aku dilamun cinta dengan Z . pernah satu hari minggu tu , mak ayah aku ta dapat datang hostel .
mula mula aku menggatal je suruh Z datang , masuk dalam kawasan asrama . konon aku nak deting dengan dia kat belakang blok
asrama . tapi aku ta sangka . dia serius . dia datang juga , naik moto . then aku tanya dia

aku : " macam mana boleh masuk ? pak guard ta tahan ke ? "

Z : " hahah main masuk je tadi . pak guard ta tahan pun "

aku : " hahahahahahahah ! pak guard ingat tukang kebun kot :p "

Z : " sampai hati kata Z tukang kebun :( "

aku : " hahahha main jela . ngade gila merajuk :P "

hahahah . masa tu aku rasa aku la perempuan paling bahagia . aku selalu berangan kawin dengan Z , ada anak , Z bukan org kaya , so aku
selalu berangan yg kami dapat tempuh hidup bersama . Z selalu mengaku , dia bukan org kaya . tapi bagi aku " Z , duit kita boleh cari .
tapi kebahagiaan mana ada org jual tepi jalan " sekadar nak sedapkan hati dia . haha :D Z sentiasa ada masa nak dating dengan aku .
Z pernah ajak aku naik moto , dia ajak jalan kat perumahan cina . masa tu lalu tepi anjing liar . Z saja acah anjing tu , sekali anjing tu kejar
nak gigit kaki aku . bila dah jauh dari anjing tu . aku marah Z ! pukul dia , tapi . walaupun aku smack down dia , Z peluk aku untuk tenangkan
aku . haha . terasa sangat kasih sayang dia masa tu . kami tengok wayang bersama . haha . seronok sangat dengan Z .

sampai satu hari , tiba tiba terdetik kat hati aku . mcm kisah pertama tadi , Z ta buat apa apa pun yg mendatangakan syak
wasangka pada aku . aku ta nampak apa apa pun sign yg dia curang . hati aku beriye iye nak hantar SMS kat Z . aku hantar mcm ni :

" ada org nampak Z naik kereta dengan perempuan lain . perempuan tu lebih berusia dari awk . siapa perempuan tu ? "

then Z reply

" awk jangan la percaya . perempuan tu dah lama minat sy , tapi sy ta layan pun . haritu sy minta tolong dia hantar sy ke klinik .
sy ta sihat . dia tu kakak angkat sy je "

( dalam hati aku dah ta sedap . kenapa aku boleh tiba tiba terfikir benda ni ? ni petanda ta baik ke ? mcm mana aku boleh ada perasaan ni ?
selama ni Z ta pernah pun cerita pasal mana - mana perempuan . mak , kakak atau adik perempuan dia pun dia ta pernah cerita .
aku tipu Z je tadi . tapi kenapa penipuan aku tu menghasilkan sesuatu ? tapi prasangka tu terhenti sampai situ je sebab Z sangat pandai
buat aku lupa pada masalah aku . pada waktu tu , cuma satu perkara dalam dunia aku dan Z . iaitu BAHAGIA .

sebulan selepas tu , Z kata phone dia hilang . lama dia ta sms . satu hari dia sms aku , dia kata dia beli simkad baru . dia ta dapat sms aku
sebab dia tengah ta kerja . so tade duit na beli phone baru . haritu dia demam . masa aku tengah syok sms dia , tiba tiba ada org lain sms aku
ayat dia mcm ni

" woi perempuan jalang ! p*k*m*k kau ! "

aku terkejut . then Z terangkan yg tu adik perempuan dia . adik perempuan dia memang kasar . then adik dia minta maaf . sejak Z
kata 'phone dia hilang' , dia jarang sangat sms aku . dua minggu sekali . alasan adik dia ta bagi pinjam phone . aku percayakan Z .

ada satu hari tu , ada satu number ta dikenali sms aku . aku boring tunggu Z . so aku layan jela anonymous tu . dia tanya , aku dah ada
boyfriend ke . then aku jawab dah . dia kata ta percaya . so aku hantar la gambar Z dengan aku , untuk buktikan yg aku dah ade
boyfriend . tiba tiba lelaki tu cakap yg dia pernah nampak Z dengan sorang perempuan agak berusia . dia kata Z mesra sangat dengan
perempuan berusia tu . aku cakap , perempuan tu kakak angkat Z . then anon tu cakap ta mungkin hubungan Z dengan perempuan berusia
tu sekadar adik beradik angkat sebab anon tu dakwa dia pernah nampak Z dengan perempuan berusia tu berdua , berpimpinan tangan
naik sebuah hotel murah . tapi aku ta percaya . aku rasa anon tu sengaja nak sakitkan hati aku . ataupun dia buta , tersalah orang .

dah agak lama anon tu ta kacau aku , tibe tibe ada seorang perempuan call . dia kata nama dia L . dia ada hubungan dengan Z .
dia ajak aku jumpa dia . aku dengan tade prasangka apa apa pun jumpa dia . sepanjang perjalanan , dia cerita Z pernah janji untuk kawin dengan
dia . sebab dia dengan Z dah banyak kali terlanjur . dia janda . anak empat . dia kenal dengan Z sebab Z menyewa rumah sewa dia .
dia tanya samada aku dengan Z pernah terlanjur atau ta . aku dengan Z ta pernah terlanjur . bagi aku hubungan aku dengan Z sangat suci .
paling melampau , Z peluk aku . itupun sekali , masa kitorang dikejar anjing . kitorang ta pernah ringan ringan langsung , apatah lagi
mengadakan hubungan badan . si janda suruh aku tinggalkan Z . tapi aku ta boleh , aku sayangkan Z . aku percayakan Z .

Z makin jarang hubungi aku . yg selalu berhubung dengan aku , janda tu . itu pun gaduh semata , berebutkan Z . hampa sangat hati aku .
sejak tu , Z ta pernah langsung hubungi aku . kali terakhir dia hubungi aku guna public phone, dia cakap dia nak pindah Kuala Lumpur ,
cari kerja baru . dia tanak berhubung lagi dengan 'kakak angkat' dia . dia pesan , mungkin nanti dia jarang hubungi aku sebab dia tade duit lagi
nak beli phone baru . dia janji bila dia dah beli phone baru , dia akan hubungi aku . dia pesan lagi , kalau dia menghilang terus , dia minta aku
cari dia . dengan airmata , aku YA kan semua pesanan dia .

aku tak tahan dengan janda . dia selalu call ajak gaduh . akhirnya aku tukar number phone baru . kerap aku on number lama , kot kot Z
ada hubungi aku balik . tapi hampa . lama kelamaan , airmata aku kering sendiri . aku sangat yakin , Z dah ta berhubung dengan janda tu lagi .

aku teringat balik kat firasat aku . mungkin itu satu petunjuk dari Allah s.w.t . pahit sangat masa tu , namun alhamdulillah , aku beransur
lupakan Z . aku tenang :)

setahun setengah kemudian . aku buat akaun FB , tiba tiba teringat akaun FB adik Z . Z tade facebook , tapi adik dia ada . dia suruh aku add
fb adik dia , bila aku dah ada fb nanti . aku add . maybe adik dia ta perasan aku , adik dia APPROVE . aku tengok Wall adik dia .
tiba tiba aku nampak satu kenyataan yg cakap nama akaun adik Z baru je friend dengan satu akaun fb yg ada nama sama dengan janda tu .
nama akaun fb tu , ada kombinasi nama Z dengan janda tu . aku cepat cepat bukak . akaun tu ta privatekan gambar . bila aku buka .

aku terkedu sangat , dalam satu album tu . penuh dengan gambar gambar mesra Z dengan di janda . yang lebih pedih , ada satu gambar tu , Z
menggendong sorang bayi perempuan . sebelah Z , ada janda tu . banyak gambar macam tu . sekarang tahu la aku . rupanya Z dah kawin dengan
janda tu . berdasarkan komen komen kawan janda tu . umur bayi tu hampir setahun setengah . aku dah berpisah dengan Z setahun setengah ,
baru la aku tahu . kenapa janda tu beriye iye dapatkan Z balik , dan tanak langsung berputus asa . rupanya masa dia jumpa aku ,
dia tengah mengandungkan anak Z . sesekali aku rasa teringin sangat balas dendam . tapi alhamdulillah Allah s.w.t cipta aku jadi
seorang insan yg lemah . ta berdaya . so aku ta dapat balas dendam . Allah s.w.t nak jadikan aku seorang manusia yang tabah dan kebal dengan
ujian . semoga Z bahagia




banyak kali firasat datang dalam hidup aku . tapi aku ta ingat . cuma . dua kisah ni je yang paling aku ingat dan sentiasa segar dalam minda aku .
aku percayakan kata hati @ firasat aku .

" Ya Allah Ya Tuhanku , janganlah engkau datangkan firasat itu untuk merosakkan iman dan akalku . lindungilah aku dari bisikan
syaitan dan iblis yang direjam - Amin "

No comments:

Post a Comment